
NURINDAH PILIH TANDING DARIPADA SENI
Akan sertai Kejohanan Silat Junior Dunia dari 9 hingga 11 Mac SENI atau tanding? Maksudnya, kalau ditanya Nurindah Mursani sama ada beliau lebih suka menjadi juara dalam seni atau tanding, jawapannya sudah tentunya tanding. Kenapa tanding? 'Saya berasa lebih konfiden. Tambahan lagi, dalam tanding, kita perlu bertarung untuk menang,' kata Nurindah, 15 tahun. Pelajar Sekolah Sukan Singapura ini adalah antara pesilat yang menjadi harapan negara dalam Kejohanan Silat Junior Dunia di Dewan Sukan Bedok dari 9 hingga 11 Mac ini. |
![]() |
||
Singapura akan menjadi tuan rumah dalam tiga kejohanan yang diadakan serentak. Selain daripada kejohanan ini, Singapura juga akan menerima pesilat dalam Kejohanan Pra Junior dan Kejohanan Undangan Singapura, yang merupakan kemuncak kejohanan selama tiga hari itu. Pesilat yang pernah bertarung di Perancis dan mengikuti latihan di Vietnam itu mengakui beliau memulakan penglibatannya dalam sukan ini dalam acara tanding berbanding seni. 'Saya bergiat dalam acara tanding sejak usia sembilan tahun tetapi kalau dalam seni sekitar usia 12 tahun,' jelas pesilat berwajah cerah itu. |
|||
![]() |
Kalau Nurindah menjadi harapan negara dalam Kejohanan Junior maka bekas juara dunia, Zulfakar Mohamed Ramli dalam Kejohanan Undangan. Sebelum ini, jurulatih nasional, Hidayat Hosni, menyebut Singapura mengga riskan matlamat untuk merebut empat emas dalam kejohanan terbuka. Dari segi pengalaman, Zulfakar bersama dua lagi johan dunia - Yusoff Shah Khamaruddin dan Imran Abdul Rahman - menjadi harapan Singapura dengan Saiedah Said dalam bahagian wanita. Sementara itu, pengerusi jawatankuasa penganjur, Sheik Alauddin Yacoob, berkata dengan tiga kejohanan diadakan serentak, ia bermakna lebih banyak perlawanan akan diadakan yang melibatkan bukan sahaja pesilat senior bahkan yang muda. 'Jadi, inilah peluang terbaik bagi peminat sukan ini sama ada yang tua atau muda untuk menyaksikan kejohanan yang menghimpunkan para pesilat terkemuka dunia,' kata Sheik. |
||
Sejauh ini, 11 negara telah mengesahkan akan mengambil bahagian tetapi Persekutuan Silat Singapura (Persisi) masih menaruh harapan matlamat untuk mendapatkan 15 negara memeriahkan kejohanan ini akan tercapai. Antara negara yang telah mengesahkan termasuk Belgium, Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Russia dan Brunei. |
|||
Sponsor Area