SILAT

posted: 10 Mac 2007 (Berita Harian)

Pesilat cilik negara atasi peserta lebih tua
Skuad prajunior gondol lima emas, junior tiga dan senior satu dalam tiga kejohanan

SELALUNYA yang senior mendapat perhatian dan sangjungan.

Tetapi pada hari pertama Kejohanan Pencak Silat Prajunior, Junior Sedunia dan Kejohanan Terbuka Antarabangsa Singapura, para persilat mudalah yang terlebih dulu mengharumkan negara di Dewan Sukan Bedok semalam.

Para persilat negara dalam acara seni dalam tiga-tiga kejohanan yang diadakan serentak memungut sejumlah sembilan pingat emas dan lapan perak.

Mengikut pecahannya, pesilat prajunior memenangi lima emas, junior tiga emas dan senior sekadar setu emas.

Justeru, ketua jurulatih acara seni, Asnadi Robani, tidak dapat menyembunyikan rasa puas hati dengan pencapaian para pesilat negara.

"Daripada 17 pingat emas yang dipertandingkan dalam ketiga-tiga kejohanan dalam acara ini, kami berjaya memenangi sembilan pingat emas dan tujuk pingat perak.

"Tetapi yang lebih menggembirakan para pesilat dalam Kejohanan Prajunior memenangi kesemua lima pingat yang dipertandingkan," kata Asnadi, yang dibantu oleh Abdul Raziz Hussein, Zuhrah Sabri dan Dzulkarnain Abdul Raziz.

Menurutnya, beliau hanya manggariskan matlamat memenangi tiga emas dalam acara prajunior, tetapi tidak terfikir akan membolot kesemua lima pingat emas yang dipertandingkan itu.

Tetapi ujarnya, dalam acara junior dan senior, pencapaian negara memang dijangkakan.

"Muhd Iqbal, yang memenangi emas dalam tunggal putera dan Nur Shafiqa, Nurul Khairunnisa dan Seri Karmila dalam regu peteri, mempunyai potensi memungut pingat dalam kejohanan antarabangsa pada masa depan.

"Mereka masih berusia bawah 14 tahun. Berilah mereka tempoh lima enam tahun lagi, saya yakin mereka boleh memenangi pingat emas dalam kejohanan seperti Sukan SEA ataupun Sukan Asia sekiranya silat dapat disertakan dalam sukan tersebut," jelas Asnadi.

Senarai pemenang pingat emas:

Prajunior: Muhd Iqbal Abdul Rahman (tunggal putera), Nurul Khairunnisa Azlani (tunggal puteri), Azman Amin/Nurshahrin Shahruddin (ganda putera), Mohd Azarudin Ismail/Mohd Danial Azlani/Muhd Iqbal Abdul Rahman (regu putera), Nur Shafiqa Sheik Alauddin/Nurul Khairunnisa Azlani/Seri Karmila Abdul Raziz (regu puteri).

Junior: Mihamed Azri Abdullah (tunggal putera), Kamaliah Mohd Azni, Sabeela Muhd Azni (ganda puteri), Nur Afizah Rahman/Nur Syakura Rosely/Nurhidayah Rosli (regu puteri).

Senior: Siti Aisyah Aziz, Nur Radiyah Zaini (ganda puteri).

 

Juara dunia Imran terkilan setakat jadi penonton

SEDANG rakan-rakannya seperti Saifullah Julaimi dan SaiedahSaid bertarungdi gelanggang, johan dunia, Imran Abdul Rahman, terpaksa menjadi penonton sahaja.

gara-gara mengalami kejang otot pada paha kiri pada Februari lalu, Imram, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara, terpaksa melupakan hasratnya muncul dalam Kejohanan Terbuka Antarabangsa Singapura petang semalam.

"Sebenarnya Imran bukan tidak boleh ambil bahagian. Masalanya Inran tidak cergas dan tidak berada pada tahap keupayaan sebenar.

"tambahan pula, risikonya adalah terlalu tinggi jika Imran mengalami kecederaan itu lagi," jelas Imran, yang mengalami kecederaan itu semasa menjalani latihan bersama skuad negara.

"Imran dinasihatkan oleh Dr Cormac daripada Majlis Sukan Singapura (SSC) supaya tidak menyertai sebarang kejohanan, termasuk kejohanan ini.

"Ini adalah kerana jika Imran mengalami kecederaan itu lagi, besar kemungkinan Imran perlu berehat sehingga setahun. Itulah yang Imran cuba elakkan," jelas Inran, lulusan Politeknik Nanyang.

Menyedari risikonya tinggi, Imran memilih menjadi penonton sekalipun mengakui berasa agak terkilan.

"Sebenarnya, adalah sungguh seronok kalu dapat beraksi di depan penonton setempat. Suasananya sungguh berbeza jika bertarung di luar negara.

"Inran tahu sebab saya pernah menjuarai Kejohanan Sedunia di sini dan juga Kejohanan Asia Pacifik.

"Sebagai pesilat, kita akan menjadi bersemangat dengan sokongan penonton setempat. Lagipun, bukan selalu kita dapat beraksi de depan penonton setempat," tambah Imran, antara pesilat negara yang memenangi pelbagai kejohanan luar negara di Europah.

Imran, bagaimanapun, menarik perhatian bahawa beliau hampir mencapai tahap kecergasan terbaiknya.

"Doktor berkata Imran boleh pulih dalam masa tujuh minggu. Kini, Imran sedah memasuki menggu keenam. Dalam latihan, Imran juga sudah boleh melakukan tendangan tinggi.

"Matlamat Imran ialah mernyertai Kejohanan Seduni di Malaysia dan Sukan SEA Thailand.

"Selain itu, Kejohanan Terbuka Belgium akan diadakan pada bulan depan. Imran harap Imran boleh ditimbangkan untuk kejohanan tersebut," tambah pesilat berusia 23 tahun itu.

 

 

Sponsor Area

 

                    

- Norindah pilih tanding dari seni
- Host for 3 International Events!
   
......more