KEJOHANAN SILAT UNDANGAN SINGAPURA

posted: 11 Mac 2007 (Berita Minggu)

Yusuff tidak pernah pandang rendah seteru
Setiap perlawanan yang dihadapi tidak pernah diambil mudah

DARI segi reputasi, Yusoff Shah Khamaruddin adalah juara dunia.

Dari segi pengalaman, Yusoff telah bertarung bukan sahaja di rantau Asia bahkan di gelanggang Eoropah.

Tetapi satu perkara yang selalu menjadi peringatan Yusoff setiap kali beliau melangkah ke medan pertempuran - jangan sekali-kali meremehkan keatan seteru anda.

Itulah yang akan dilakukan apabila beliau berentap dengan Dwi Priyono dari Indonesia dalam final kelas 'I' hari ini.

Yusoff adalah antara persilat harapan negara yang dilayakkan diri ke final Kejohanan Silat Terbuka Antarabangsa di Dewan Sukan Bedok setelah menewaskan Mohd Adha Ismail dari Malaysia 5-0.

Turut muncul dalam final hari ini ialah bekas juara dunia, Zulfakar Mohamed Ramli, abangnya, Noor Rafili, Saifullah Julaimi, Saifuddin Julaimi dan Faizal Selamat.

Mengulas tentang final nenti, Yusoff, seorang penintut Universiti Pentadbiran Singapura (SMU), berkata: "Pertama saya tidak pernah memendang rendah persilat Indonesia itu.

"Tetapi yang penting, saya tidak boleh mangambil sikap mudah. Setiap perlawanan adalah penting tidak kira sama ada saya pernah bertemu ataupun tidak persilat tersebut.

"Jika, saya harus meningkatkan rentak perlawanan berbanding kemenangan saya dalam peringkat separuh akhir," kata Yusoff yang pada Disember tahun lalu telah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Universiti Asean di Hanoi.

Seorang lagi harapan negara, Zulfakar Mohamed Ramli, juga akan berentap dengan pesilat Indonesia, Pujo Janoko dalam final kelas C.

Sedang Zulfakar menewaskan Raziman Hussin dari Brunei 5-0, Pujo pula mengundurkan Victoria Sigua Junior dari Filipina 5-0.

Seperti Yusoff, Zulfakar juga tidak pernah menentang pesilat Indonesia itu.

Tetapisatu perkara yang pasti, Zulfakar akan lebih berhati-hati kerana beliau tidak mahu pengalaman pahit berlalu berulang lagi.

"Perlawanan saya dibatalkan dalam Sukan SEA kerana saya didapati telah tertendang muka persilat Filipina.

"Dalam Sukan Vietnam, saya dikatakan telah tertendang leher seteru saya. Saya akan lebih berhati-hati," kata Zulfakar.

Dalam satu keputusan mengejut, juara dunia, Saiedah Said tewas 2-3 di tangan Marie Charilou Rabino dari Filipina.

       
Masa depan Singapura cerah

MASA depan Singapura dalam sukan silat cerah.

Ini melihat pada persembahan pesilat muda negara yang di luar dugaan dalam Krjohanan Prajunior Antarabangsa Pertama di Dewan Sukan Bedok semalam.

Kalau pada hari pertama, para pesilat prajunior negara memenangi lima pingat emas melalui acara seni, semalam mereka memungut enam pingat emas dalam acara tanding. Sebanyak 14 pingat emas dipertandingkan dalam acara prajunior, yang melibatkan pertemuan antara Singapura dan Malaysia.

"Meraka telah mencatatkan kejayaa di luar dugaan. Pencapaian meraka ini menunjukkan bahawa masa depan Singapura dalamsukan ini adalah cerah.

"Meraka adalah pesilat-pesilat yang bakal mengharumkan negara dalam kejohanan antarabangsa pada masa depan," kata president Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Abdullah Shafiie Mohamed Sidik.

"Walaupun mereka pernah ke Jakarta, ini adalah kejohanan antaranbangsa yang pertama untuk para pesilat muda ini.

"Berdasarkan pencapaian dalam kejohanan ini,persembahan mereka sungguh menyerlah," kata Abdullah.

Beliau juga bengga akan pencapaian pesilat Singapura dalam bahagian junior - meraka sejauh ini telah memenangi empat pingat emas.

Abdullah berkata bahawa Persisi akan terus memberi pendedahan kepada para pesilat muda ini untuk mereka terus mengembangkan potensi masing-masing.

Antara pesilat yang turut membantu merebut satu daripada enam pingat emas Singapura itu ialah Siti Arfina Peer Mohamed, yang mengalahkan Siti Khadijah Isa 5-0 dalam kelas A Puteri.

Senarai pemenang pingat emas Singapura:

Prajunior:

Kelas C: Shamirul Ezzat A.Rahman 4, Amir Kasturi Rahim 1; Kelas I: Muhammad Azwan Amin 4, Ahman Shahrolnizam Zainudin 1; Kelas J: Muhammad Sufi A.Samad 4, Ameermukhlis Ramli 1; Kelas A: Siti Nur Arfina Peer Mohd 5, Siti Khadijah Isa 0; Kelas Kelas E: Nur Shafiqa Sheik Alauddin 5, Wan Nor Shamini Wan A. Ghani 0.

Junior: Nur Zulaikha Zakaria 4 Ain Syazawanie A. Razak 1.

 

 

 

 

Sponsor Area

- Singapore 's family atmosphere behind world-beaters/Zulfakar is in the final but Saiedah bows out
- Silat wants to be a global sport and understanding silat
 
......more